CERITA CERITI

~ JOM KONGSI ~

TUGASAN 4 : Penilaian kendiri dari teks December 1, 2012

Filed under: KPT 6044 — sharinasobri @ 10:22

TUGASAN 4 : Penilaian kendiri dari teks

Advertisements
 

Tugasan 3 November 20, 2012

Filed under: KPT 6044 — sharinasobri @ 09:48

Tugasan ini memerlukan pelajar menjalankan satu kajian tinjauan pelbagai aspek (contoh : pengurusan, penggunaan, kemahiran profesional dll) dalam amlan penggunaan media elektronik dan web di institusi pendidikan.

untuk mengetahui dapatan saya mengenai TINJAUAN PENGGUNAAN BLOG DI KALANGAN PELAJAR DALAM BIDANG PENDIDIKAN

sila klik di sini

 

Jom Kunjungi Blog Saya November 2, 2012

Filed under: KPT 6044 — sharinasobri @ 18:29

 

Soalan Tinjauan : Blog

Filed under: KPT 6044 — sharinasobri @ 14:15

1) Apakah media elektronik dan web?
2) Sejauhmana media elektronik dan web membantu dalam urusan seharian?
3) Terdapat pelbagai media perantaraan untuk berhubung dan menyampaikan maklumat semasa dan salah satunya adalah blog.Berikan pendapat anda mengenai blog?
4) Mengapakah blog sangat digemari oleh pengguna elektronik masa kini?
5) Berikan kelebihan dan kelemahan blog kepada pengguna?
6) Blog sangat membantu pelajar mendapatkan bahan untuk menyiapkan tugasan atau projek? Berikan alasan anda.
7) Pada pendapat anda, adakah semua pengguna perlu mempunyai blog peribadi? Mengapa.

Untuk menjawab soalan klik di sini

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan 😉

 

Cara Rasullullah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri October 20, 2012

Filed under: KESIHATAN — sharinasobri @ 20:00

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)

3. TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada bulan Ramadhan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5. TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.

7. TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8. PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

 

Tugasan 1 October 9, 2012

Filed under: KPT 6044 — sharinasobri @ 15:23

Ulasan Jurnal
Ulasan Jurnal (powerpoint)

 

KPT 6044 – Pembelajaran Berasaskan Web dan Elektronik October 7, 2012

Filed under: KPT 6044 — sharinasobri @ 11:41

Blog ini dibina bagi memenuhi syarat tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah.  Semoga blog ini dapat membantu kita semua berkongsi maklumat dan ilmu.

 

 
helidzia

Anggun dan Unggul